Saturday, February 20, 2010

KARNIVAL KEUSAHAWANAN IPTA KE-7, UMK

Salam semua, hari ini saya berkesempatan untuk menceritakan apa yang telah berlaku sepanjang 4h3m di Karnival Keusahawanan IPTA (KARNIWAN)ke-7 di UMK tempOh hari...Satu pengalaman yang tak dapat di lupakan sebab perjalanan nak ke sana je dah 12 jam...gerak jam 10mlm sampai 10pg...tp ok la..tak penat sgt cuma time blik tue...perghhh tak tahan pening kepala dibuatnyer...jalan macam ular turun naik bukit..siap telur pecah lagi dalam bas kitaorang...huhu..ok lah..tue tak payah la saya nak cite kat sini kan.??hmm dari mana nak mula yer..

So far perjalanan karnival berjalan dengan baik cuma dari segi susun atur program dan pengisian masih ader kekurangan yang mungkin boleh diperbaiki. Pun begitu secara keseluruhannya saya mengucapkan tahniah kepada UMK kerana berjaya menganjurkan KARNIAWAN kali ini. Kekurangan tu boleh di baiki lag al-maklumlah UMK merupakan universiti baru dan ini adalah program besar pertama yang mereka anjurkan. Berikut merupakan petikan dari akhbar BHonline..

"KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengandungi enam teras strategik dalam usaha menggalakkan pembangunan keusahawanan yang holistik di kalangan graduan.

Enam teras itu membabitkan penubuhan Pusat Keusahawanan di semua IPT; menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang serta holistik; memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan; mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan; menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif; dan meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dasar itu selaras usaha kementerian melahirkan modal insan berkualiti serta usahawan graduan yang bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
“Dasar itu menggambarkan bagaimana nilai dan aktiviti keusahawanan adalah pemangkin kepada perkembangan ekonomi di samping bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. “Pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang holistik amat signifikan dalam usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi serta melahirkan lebih ramai usahawan graduan,” katanya pada Majlis Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Peringkat Nasional Ke-7 2010 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.


Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan
1.Anugerah Program Usahawan Terbaik kepada Mohd Norulizam Mohamad Nor yang diwakili rakan kongsinya, Mohd Firdaus Adnan dari Universiti Utara Malaysia (UUM);
2.Anugerah Usahawan Siswa Terbaik kepada Mohd Zubair Sulaiman (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
3.Anugerah Projek Keusahawanan Siswa Terbaik pula diberi kepada De'Jour Miss Pastry (Universiti Malaysia Terengganu);

4.Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik, Boonga Studio (UiTM). "

petikan dari sumber Berita Harian online

Apa yang penting sebenarnya dalam aktiviti seperti ini ialah kita gunakan ia sebagai satu platform untuk bersuai kenal antara satu dengan yang lain. Kita gunakan ia untuk mencari rakan niaga dan networking untuk bisnes kita. Itu adalah yang terbaik bukan sekadar untuk memenangi hadiah pertandingan bahkan juga untuk mencari networking sebab dalam perniagaan, kita tak boleh hidup sorang diri, kita perlu ada kawan ada kenalan yang boleh membantu kita dalam perniagaan kita.

OK la sampai sini dulu post saya untuk kali ini..kepada sesapa yang nak post dalam blog saya nie..sudi2kanlah hantarkannya ke email saya..saya akan post kan nya nanti di sini...kepada kawan2 karniawan salam perkenalan dan salam bisnes dari saya. Kalau ader bisnes2 yang nak share boleh kongsikan ngan saya atau nak buat networking pun apa salahnye..ok la sampai sini dulu terima kasih:)

Saturday, February 13, 2010

KARNIVAL KEUSAHAWANAN IPTA, UMK



Salam semua...


Maaf lah lama dah tak up date site nie..buzy???tak juga kot..hehe..sabab baru nek semester ..kat kampung nak on9 nie cam malas pulak..huhu..Ok lah kali nie saya nak kongsikan dengan anda semua tentang KARNIVAL KEUSAHAWANAN IPTA KE-7 akan diadakan di UMK Kelantan pada 15hb - 18hb Feb 2010. Macam biasalah karnival ini merupakan karnival yang diadakan setiap tahun merupakan karnival yang mengumpul seluruh USAHAWAN- USAHAWAN dan BAKAL USAHAWAN dari setiap IPTA termasuk juga satu IPTS iaitu UNIKL...(kang tak cakap kang kata di anak tirikan..hehe). Kali ni team saya hanya menghantar seramai 10org yang mewakili setiap pertandingan antaranya pertandingan Rancangan Perniagaan, Booth, Projek Siswa dan ada lagi tapi lupa...hehe..

Hmmm nak cite banyak pun saya pun xpegi lagi...so apa yang saya janjikan saya akan update site nie lepas karnival nanti..ok..:)

So..jumpa nanti k..keep in touch