Tuesday, August 25, 2009

KOnVOkesYEN UthM ke-8




Salam semua...

Post kali ini saya nak share dengan anda semua pengalaman saya dan beberapa kawan saya iaitu Ayip, Dhiak dan Salmah menjual bunga semasa majlis konvokesyen kat UTHM yang lepas. Perasaan sekarang ni memang rasa tak sabar nak berniaga lagi...huhu..best sangat tapi pada tika dan waktu itu kepenatan yang teramat sangat telah kami sama- sama rasai..:(



Apa yang membuatkan saya nak sangat shared dengan anda di sini ialah bisnes jual bunga ni adalah bisnes yang pertama kali kami berempat buat. So, as first timer memang banyaklah cabaran dan dugaan yang telah kami lalui sepanjang hari konvo tersebut. Bayangkan esok nak jual bunga...malam tu baru bungkus dalam beberapa jambak jer..hahahaha..memang lawak bila diingatkan balik. Nak di compare dengan peniaga- peniaga yang memang dah established dalam bidang ni...peghhhh...memang kalau tak kuat memang cancelled lah nak jual bunga ni.




Tapi itulah yang jadi kekuatan kepada kami berempat dalam menempuhi cabaran ini..(chewah...:)) Tapi ia

memang satu pengalaman yang betul- betul mengajar kami dalam mengetahui selok belok perniagaan ini. Apa yang telah kami pelajari dalam pengalaman pertama kami ini ialah antaranya untuk berniaga bunga ni kena lah tahu supplier yang sesuai iaitu termasuklah mereka menyediakan harga yang berpatutan dengan kualiti bunga tersebut( penting ni), perkhidmatan yang di berikan dari segi delivery barang, dan jika dapat jaminan dari pihak supplier itu adalah amat baik. Selain itu juga dari segi bungkusan pula kena lah tahu barang- barang tersebut nak dapat dari mana dan macam mana trend semasa..nak cerita pada anda semua kami hanya guna plastik bungkus hamper jer untuk jadikan pembalut bunga kami selain ada di selitkan dengan kertas pembalut yang pelbagai warna...hahahaha...:) nak di bandingkan dengan yang lain plastik warna- warni, bling- bling lagi memang menarik. Plastik yang sesuai untuk balut bunga ni memainkan peranan penting selain cantik dan menarik tapi ia juga memudahkan kita untuk membungkus nya nanti. Dari pemerhatian saya plastik nya keras berbanding ngan plastik hamper...:) hehehe memang kelakar la bila diingat balik...bayang kan bungkus bunga ngan plastik hamper yang lembut tu..tapi hmmm ada tapinya...nanti saya ceritakan k..:)



Cerita sikit tentang konvokesyen UTHM ni....Seramai 2105 graduan menerima ijazah dan diploma dalam Majlis Konvokesyen Kelapan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM Batu Pahat.Penerima itu termasuk seorang penerima Ijazah Doktor Falsafah, 176 penerima Sarjana, 1433 Ijazah Sarjana Muda dan 495 penerima Diploma


Konvokesyen pada kali ini juga mencatatkan sejarah tersendiri buat UTHM kerana buat julung kalinya seorang Pro-Canselor dilantik dan Tan Sri Dato’ Seri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir menjadi penyandang pertama jawatan tersebut. Sebagai Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM dan Pengerusi Sapura Holdings sudah tentu pelantikan beliau merupakan langkah yang paling tepat buat UTHM.


Upacara pemasyhuran Pro-Canselor ini disempurnakan oleh DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar selaku Canselor UTHM pada Sidang Pertama pada 8 Ogos 2009. Dalam Sidang Pertama ini juga, Tunku Canselor turut menyampaikan Ijazah-Ijazah di peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana di samping beberapa Anugerah yang diwujudkan khas buat para graduan yang cemerlang dalam bidang-bidang tertentu. Antara anugerah Khas ini adalah Anugerah DiRaja, Anugerah Canselor, Anugerah Puan Sri Sapura, Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajah Aishah Ghani dan Anugerah Projek Sarjana Muda.


Sambung balik dengan cerita saya tadi, selain peranan material bisnes ni juga perlukan kemahiran dalaman iaitu kreativiti dalam menggubah bunga. Biasa perempuan la yang pandai dalam bab- bab ni, tapi jangan silap sepanjang pemerhatian saya masa konvo tu yang membungkus yang membalut yang menghias jambakan bunga ni kebanyakannya lelaki. Ni fakta ye...hehehe..tapi juga...peranan perempuan dalam bisnes ni sangat- sangat di perlukan masa nak jual bunga...hehehe..cuba anda bayangkan kawan saya Ayib(dalam gambar yang botak tu) jual bunga...sekali pandang macam taiko tarik kete..dua kali pandang hah...tafsirlah sendiri yek..hahaha..bayangkan dia jadi penjual bunga kami sejambak bunga pun dier tak terjual...hahaahah..tapi memang betul..kepada anda yang nak join bisnes ni, carilah penjual- penjualnya cewek- cewek muda yang bisa goda bapak- bapak, ibu- ibu di luar sana...ok..:) ingat..ini strategi yang amat ampuh sekali...sekadar berseloroh k...


Mesti anda tertanya- tanya berapa modal kami untuk bisnes ni kan...bisnes ni kami telah kuar setiap orang sebanyak RM300 maknanya keseluruhannya ialah RM1200. Memang sikit la nak di bandingkan yang lain- lain tapi bagi kami yang first time ni suatu kos yang cukup besar. Nak di kongsi ngan anda kami cuma dapat balik modal kami dalam bisnes kami ni...huhuhu...cedih:( impian kami nak rasa duit bunga ni memang jauh tersasar... Inilah pengalaman kami yang kami gunakan ia sebagai satu pengalaman yang cukup bermakna. Kepada pakcik yang bersebelahan dengan gerai kami terima kasih kami ucapkan dengan nasihat dan tunjuk ajar dalam bisnes ni. Ini adalah step pertama untuk kami dan pastinya kami akan kembali pada tahun- tahun akan datang.


Terima kasih kerana sudi membaca post saya kali ni....


salamesrabadikhlasepuhati




Monday, August 24, 2009

BAHAYA!! TABIAT BUANG MASA

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA..:)

Salam semua...

Hari ni dah genab 3 hari berpuasa. Maaf la yek sebab lambat untuk ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya dan di serata dunia amnya. Hmmm macam mana ngan anda?? adakah puasa kali ini menjadi penghalang untuk anda meningkatkan aktiviti dalam bisnes anda? harapnya tidaklah yek...disamping kita berpuasa dan beramal ini harap kegigihan kita dalam mencapai tuntutan 9/10 rezeki ini juga makin meningkat.

Bagaimana ngan saya pulak yek???:) hehe saya pun macam biasa lah..jual kerepek untuk raya nanti..Sapa yang tak kenal Parit Raja...satu tempat yang cukup terkenal dengan perindustrian IKS dalam menghasilkan makanan ringan ini. Jadi di sebabkan itulah saya yang terlanjur berada di sini menggunakannya sebaik mungkin. Sebelum saya sambung belajar di UTHM ni...sebenarnya saya dah penah menetap di sini tapi di pekan Ayer Hitam. Masa tu saya beru jer lepas tamat Diploma. Saya kat situ kerja ngan Pak cik saya kat bengkel Air-cond kereta. Agak dalam masa 6 bulan juga keje kat situ. Dari sinilah saya berjinak-jinak berniaga kerepek ni. Kebetulan pada tempoh 6 bulan tu ada bulan syawal...di pendekkan cerita masa tu bermodalkan RM 500, saya dapat keuntungan RM 500 juga...hehe..boleh la lepas duit raya time tu.. So saya harap pada raya tahun ini bolehlah dapat lebih dari sebelum ni. Doakan saya yek..huhu..

Oklah sampai di sini dulu yang sempat saya post kan untuk anda kali ini. Post akan datang saya akan share dengan anda semua berkenaan dengan Program yang akan saya dan team kelab KKDT UTHM anjurkan lepas raya nanti. TUNGGGGUUUU....

Saturday, August 1, 2009

PELABURAN EMAS

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua dengan beberapa perkara penting yang telah saya dapat dari blog jutawanemas. Apa yang akan anda baca ini merupakan suatu perkara yang telah banyak kali kita dengar dan menjadi masalah kepada rakyat Malaysia yang terlalu inginkan kekayaan dengan jalan mudah. Yang malang sekali ialah kebanyakan yang telah ditipu ini ialah dari bangsa Melayu kita sendiri. Hmmmm....bukan sikit yang telah mereka laburkan. Semua kerana telah digelapkan dengan keuntungan yang bakal mereka terima selepas membuat pelabut\ran yang lebih besar. Yang menjadi masalah nyer nanti kita akan sama- sama bergaduh dan bermasam muka akibat daripada bisnes penipu ini. Mana tidaknya..cuba anda bayangkan..pada peringkat awal saya masuk(contoh yer..:) ) dapat untung dengan modal yang telah dilaburkan..bila dah dapat untung pakai mewah sikit, kawan2 sibuk tanya macam mana ko boleh pakai kete ni. Hah..kat sini la titik permulaan bisnes ini. Dari kawan rapat sampai ke kawan kepada kawan kepada kawan dah join bisnes ni. Sampai satu tahap..PAAAANNNGGG....tepuk dahi bila baca surat khabar company telah di siasat oleh bank negara...masa ni lah baik kawan baik adik beradik sekalipun bergauh sesama sendiri. Dia tuduh dia, dia tuduh dia,hah...last- last semua ternganga. Yang nak join bisnes ni ada yang sanggup berhutang untuk dijadikan modal dan yang paling malang jika mereka berhutang dengan ALONG...pening kepala nak cari duit nak bayar hutang. Lari sana lari sini hidup tak aman..yang berkeluarga pula makin bertambah- tambah masalah..
Sebenarnya kita boleh fikir dahulu sebelum membuat keputusan..sebelum membuat keputusan untuk sertai mana- mana bisnes yang seperti ini..kita siasat dan buat research sendiri. Kebiasaannya trend perniagaan macam ni tak lama untuk kita lihat keberkesanannya. jika company tu dapat bertahan lama baru lah kita buat keputusan untuk join bisnes ni. Tapi kalau sebaliknya sebaiknya lupakan je hasrat tu k..:) kat bawah ni artikel dari blog jutawanemas yang saya sentiasa mengikuti perkembangannya...dan menjadi rujukan kepada saya dalam bab2 emas ni...semoga kita dapat sesuatu yang bermanfaat daripadanya..

Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas

Posted: 26 Jul 2009 11:05 AM PDT

isu_skim_pelaburan_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya…

Saya kat sini sibuk memanjang. Maklumlah baru dapat baby.. so asyik main ngan baby ajer sekarang nie..

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.

Sejak dari bulan Jun 2009 saya dapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.

Mula-mula sekali Bestino Group (The Star 17 Jun 2009)

Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (Bernama 21 Julai 2009)

tn_bestino
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group

etika_emas_dan_genneva__kena_siasat
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.

Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.

Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini).

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.

Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta di dalam skim-skim cepat kaya.

Pergh! banyak tu.

tn_the_star
RM845 juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.

Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.

Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.

tn_skim_pelaburan_emas
Laporan The Star - Skim pelaburan emas yang diragui kesahihannya.

Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.

Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

warren_buffett

Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).

Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:

“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Saya pernah menulis artikel berkenaan menulis artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada 9 Januari 2009.

Anda boleh membacanya disini (klik sini)

Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com
dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google - www.google.com maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.

1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
di http://www.ssm.com.my/

2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.

Biasanya saya beli pakai kad kredit.

company_profile

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
maklumat-maklumat yang kritikal.

Antaranya:

1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

list_company_profile
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang saya beli dari SSM

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

dormant
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)

tn_nature_of_business
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.

laporan_kewangan
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.

Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.

Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)


Kisah pelabur tertipu -klik untuk besarkan.

Saya telah melabur dan sekarang menghadapi masalah, bagaimana nak buat?

Jika anda merupakan pelabur di dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong, sila hubungi saya melalui contact form ini (klik sini).

InsyaAllah saya akan berikan panduan menyelesaikan masalah anda.

Nyatakan bilangan gold bar yang dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.

Memandangkan setiap kes tak sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.

Kesimpulan:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

4. Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa situasi anda dan cuba berikan
panduan untuk menyelesaikan masalah anda. Hubungi saya dengan menggunakan
contact form (klik sini).

5. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.

6. InsyaAllah saya akan keluarkan ebook berkenaan pelaburan emas. InsyaAllah akan
disiapkan pada bulan hadapan :)

Mari berkongsi pengalaman.

Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat tersebut disini.

Pengalaman anda akan membantu orang lain agar berhati-hati dan berwaspada.

Juga, jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

Monday, June 22, 2009

BERNIAGA PADA HARI PENDAFTARAN..

Salam...

Tak lama lagi seluruh IPTA akan dibanjiri oleh pelajar- pelajar baru yang telah berjaya mendapatkan tempat di universiti sama ada mengikut permintaan sendiri atau pun ada juga yang mendapat tawaran masuk ke universiti yang lain dari yang diminta..huhu..mesti cedih kan..:(

Tapi apapun itu semua adalah rezeki yang ditentukan. Sebagai hamba yang tidak ada langsung kekuatan untuk menentukan rezeki diri sendiri kita hanya mampu berusaha dan terima dengan redha. Itu adalah sebaik2nya. Bila kita banyak bersyukur InsyaAllah kita akan lebih mendapat kemurahan rezeki dari yang Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...amin..:)(saya bercakap untuk diri saya dan saudara/ri yang membaca)

Hmm apa yang nak dikongsikan dengan para pembaca ialah saya dan bersama ngan adik saya dan juga tak ketinggalan biz patner saya ngah nak set up untuk berniaga pada hari pendaftaran tersebut...:) Idea ni saya dapat dah lama dah..cuma nak buat tu tak tahu macam mana sebab baru firstime kan. Takut nanti dah siap2 semua sampai time nak berniaga pihak pengurusan tak bagi..hah jenuh nanti.

So, tengah hari tadi saya telah pegi ke HEP untuk bertanyakan bagaimana flow untuk minta kebenaran berniaga pada hari pendaftaran tu. Apa yang diberitahu, untuk berniaga diorang tak galakan dan tak larang..tapi semua kene sendiri la.. Cuma sebaiknya buat surat permohonan untuk berniaga ke Timb.Pendaftar itu sahaja.

Jadi...itu berita gembira lah buat kami. Cuma yang penting sekarang surat kebenaran dan planning untuk berniaga..itu sahaja..

Hmm setakat ini dulu sharing kiter..kepada anda semua yang mempunyai pengalaman berniaga di kampus anda..apa lagi jom share la kat sini..

email kan kepada saya di
-hisham2401@gmail.com


Thursday, June 18, 2009

Al Kisah....


Al-kisah....
Ayibbb...
tersebutlah kisah..
Ayibbb...

Haha..pagi- pagi ni mula la nak merapu..hehe:) Jangan marah yer..

Ok lah seperti yang dijanjikan, saya pagi ni nak shared ngan pembaca- pembaca semua dengan kisah bisnes kampus yang saya jalankan sekarang ini. Kalau nak di ikutkan memang banyak benda nak buat kat kampus ni untuk buat bisnes. Tapi di sebabkan beberapa kekangan yang menjadi penghalang maka ia tak dapat dilaksanakan. Sememangnya pada peringkatt awal ramai kawan yang tak berapa setuju dengan keputusan saya dan patner untuk menjalankan bisnes ni termasuklah roommate saya sendiri...:) hehe..kalau dia baca post saya ni mesti terasa..haha.. Tapi niat saya bukan untuk menunjukkan yang dia salah, nasihat dia saya terima dan saya sahut cabaran dia untuk buktikan yang pilihan saya ni tepat. Akhirnya, setelah apa yang dia nampak..dia mengaku yang dia dulu silap...hehe:)

Apa sebenarnya nak saya cerita ni????haha...saja wat suspend..

Untuk pengetahuan anda semua saya menjalankan perniagaan ni secara self service di mana para customers saya akan buat semua nyer dan yang menjadi persoalan ramai pembayaran pun dibuat secara self service. Hmm menarik bukan???:) Itu adalah satu fenomena yang biasa di kampus UTHM ini. Ramaii student yang berniaga secara 'underground' ni buat macam tu dari menjual dadih di bus top2 sampai la yang jual nescafe 3in1 di kolej2 kediaman...semua menjalankan bisnes secara self service ini....Pasti ada di antara pembaca yang terkejut dengan kenyataan saya ni kan???:) dan maybe juga yang dah biasa dengan fenomena ini di tempat anda. Tapi itulah hakikat yang berlaku di sini.

Bagaimana dengan resiko kecurian??? Tak penah berlaku ker?? Hmm bercakap tentang kecurian ini sememangnya ia tak dapat di sangkal. Memang penah terjadi kepada saya dan juga sebahagian peniaga2 di sini. Tapi itu adalah risiko yang perlu ditanggung sendiri. Sebab, itu yang telah dipilih so..no wonder la kan..??huhu..tapi ianya berlaku jarang sekali. Pengalaman bisnes saya, kami telah kehilangan beberapa ratus ringgit pada penghujung sem lepas. Mungkin pada masa itu pelajar telah kesempitan dan terdesak..(agak la)..:( Sedih la sikit time tu..sebab sales kurang time tu sebab student ramai dah prepair untuk final..tapi kami redha..Itu dugaan untuk kami dalam menjalakan dan menceburi bidang ini..kan??:)

Hmm macam mana pula ngan permintaan??Harga?? Dalam persoalan ini saya rasa pembaca sendiri dapat menjawab dan meneka jawapannya kan??:) Sudah pasti lah ia menjadi suatu permintaan yang tinggi...hehe..klu nak ibaratkan macam jual tiket jangan pandang belakang congkak..hahaha...(dah Tengok ker) :) Macam tu la permintaan nya..sudent beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan ini. InsyaAllah saya akan post kan gambar2 nya pada post2 akan datang..stay tuned..hehe

Berkenaan dengan harga pulak kami menawarkan harga yang cukup murah. Iaitu untuk print B/W hanya RM0.15 ( kami guna laser printer) dan COLOUR RM0.20...:) (canon pixma yang biasa dengan CISS) Memang sambutan yang sangat hebat....Sapa2 yang pernah buat bisnes macam ni dia tahulah macam mana tinggi nya permintaan nya. Sampai kan tak menang tangan dan kesian tengok kawan2 beratur panjang nak tunggu giliran...:)

Hmmm banyak lagi nak citer ni..tapi mata dah ngantuk so, saya stop dulu untuk post kali ini.

Kepada mereka2 di luar sana yang nak share pengalaman di bisneskampus ni boleh mail kan artikel anda di email saya ok..terima kasih:)

Wednesday, June 17, 2009

Untuk siapa Profile Syarikat ditulis?

Post ini sekadar untuk berkongsi maklumat kepada pembaca. Amatlah diharapkan agar post ini dapat membantu anda yang masih lagi tidak pasti berkenaan dengan tujuan dan bentuk prifil syarikat yang harus di tulis. Semoga sama- sama kita mendapat keberkataan dan kejayaan dalam perniagaan yang kita jalankan...amin.

Jika sesuatu penulisan itu diterbitkan, maka haruslah ada sasaran pembacanya. Begitu juga dengan profil syarikat yang mempunyai sasarannya yang tersendiri. Terdapat beberapa sebab profil syarikat penting dan perlu dalam sesebuah organisasi hari ini. Pendekatan penulisan yang berbeza dilakukan seiring dengan sasaran pembaca atau penilainya.

Kebiasaannya profil syarikat ini dibangunkan mengikut kepentingan seperti yang dinyatakan di bawah:

i. Pelanggan sasaran

Profil syarikat ditulis bagi memberikan penerangan dan butiran berkenaan syarikat anda kepada pelanggan agar skop perniagaan dapat dilihat dengan jelas oleh pihak pelanggan khususnya.

Kebiasaannya, profil syarikat yang disediakan untuk pelanggan sasaran anda haruslah mengandungi segala maklumat dan kenyataan produk yang ingin disampaikan mengikut keperluan permintaan pelanggan sasaran tersebut.

Contoh:

Syarikat anda menjalankan perusahaan kosmetik, maka semestinya anda perbanyakkan maklumat mengenai kebaikan dan imej-imej produk yang ditawarkan dalam profil syarikat anda.

ii. Badan kerajaan

Badan kerajaan merupakan sebahagian daripada kelompok sasaran pelanggan tetapi berbeza dari sudut keterampilan perbentangan profil syarikat, iaitu butiran dan kerja-kerja yang pernah dijalankan disediakan dengan terperinci. Hal ini demikian kerana anda berhubung dengan pihak kerajaan, maka sudah semestinya segalanya agak kompleks dan spesifik.

Bahagian kewangan selalunya menjadi isu apabila berhadapan dengan pelanggan bagi kategori ini. Hanya syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh mendapat menjadi perhatian. Oleh itu, harus diingatkan bahawa anda perlu menitikberatkan maklumat dalam bahagian ini.

Sertakan juga maklumat kejayaan syarikat anda menyempurnakan kerja-kerja atau projek sepanjang syarikat ditubuhkan sebagai rujukan.

iii. Tender

Kemasukan sesuatu tender memerlukan dokumen sampingan yang menjelaskan kekuatan sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat anda haruslah menyediakan profil syarikat yang lengkap dan menarik perhatian pihak penilai tender.

Jika syarikat anda terlibat dalam sesuatu kemasukan tender, dokumen sampingan yang relevan perlu disertakan sekali seperti brosur (brochure) produk atau perkhidmatan, imej-imej tertentu seperti lukisan pelan (jika terlibat dengan produk fizikal), salinan profil berbentuk cakera padat secara interaktif (ini adalah untuk mewujudkan kelainan) dan juga lampiran maklumat syarikat yang bekerjasama dengan syarikat anda seperti pembekal, tenaga kerja dan pengeluar bahan mentah.

iv. Institusi kewangan

Profil syarikat juga diperlukan oleh pihak bank dalam menilai pertimbangan sesebuah syarikat untuk mengeluarkan pinjaman perniagaan. Aspek penting yang perlu diberi penekanan berkaitan dengan bahagian pengurusan kewangan. Segala projek atau kerja yang pernah dijalankan perlu dimasukkan dalam profil syarikat anda.

Anda haruslah memastikan segala maklumat tersebut adalah tepat dan sah bagi tujuan pemeriksaan dan rujukan institusi kewangan tersebut.

v. Pihak berkuasa tempatan

Kadangkala profil syarikat perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi tujuan kelulusan menjalankan perniagaan dan tujuan rekod. Profil jenis ini memadai dengan hanya membentangkan butiran perniagaan yang dijalankan. Anda tidak perlu memberikan data terperinci dan secara khusus.

Hal ini demikian kerana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan membuat rujukan berdasarkan profil syarikat jika berlaku sebarang masalah dan isu berbangkit terhadap sesebuah syarikat tersebut semasa atau setelah kerja-kerja dijalankan.

Artikel di atas dipetik daripada buku Aneka Contoh Profil Syarikat.
Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi:

Cik Nor di talian 03-9019 5303 atau melayari web kami di

salam untuk semua..


assalamualaikum...

Setelah berusaha untuk menjinakkan diri dalam bidang perniagaan yang sangat diminati..akhirnya membuahkan hasil. Walaupun tak banyak..namun ianya cukup membuka mata teman sekeliling bahawa perniagaan ini suatu yang menguntungkan dan dalam masa yang sama pelajaran tidak di tinggalkan.

Hai, saya sham..:) hmmm belajar tak jauh dari rumah..tapi biasa naik motor ader la 3 jam perjalanannya..haha..aku belajar kat UTHM yang mana sebelum ni lebih dikenali dengan KUITTHO. Satu ketika dulu KUITTHO ni sebuah politeknik yang kecik..namun sekarang sapa2 yang penah belajar kat sini dulu pasti terkejut dengan pembangunan dari segi infrastruktur dan penghuninya. Selalu diingatkan oleh Dato NC,



".....UTHM merupakan sebuah ipta yang satu-satunya menggunakan nama Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hussien Onn. Katanya lagi sebelum nama UTHM dikenali, kebanyakan pelajar takut untuk melanjutkan pelajaran mereka di sini kerana mereka fikir UTHM merupakan sebuah IPT swasta kerana namanya menggunakan nama PM Malaysia sama seperti UNITAR..:)......."



Haha..itu mengambil sikit coretan dari teks ucapan beliau. Kembali ngan kisah saya...sakarang saya berada dalam tahun 3, mula berjinak dalam bisnes kat kampus ni sem lepas iaitu bisnes yang dijalankan secara perkongsian. Perkongsian yang menjadikan kami lebih maju kedepan, walaupun ader juga konflik in intrest ni..hehe..Tapi itu adalah asam garam dalam bisnes. Walaupun kecil kadang- kadang perkara yang kecil tulah yang boleh menjahanamkan sesuatu usaha tu...(bunyi cam keras jer kan..:) ) Itulah hakikatnyer..

Idea untuk berbisnes ni mula setelah kami tamat kursus Asas Keusahawanan Siswa pada penghujung tahun lepas. Sebenarnya ni idea rakan kongsi sayer..haha..kebetulan..nak dipendekkan cerita..rakan kongsi saya ni gadis- gadis yang come2 oranyer..hehe..biasalah dalam berkursus tu ingat nak masuk jarum...kan...tapi lepas sembang- sembang ngan diorang ni diorang ada bagi idea nak buka bisnes ni. Apa lagi, peluang dah ader..ngap jela..hehe..

Lepas je kami berbincang sambi berkursus..:) kitorang dah sepakat untuk start bisnes ni bermula sem 2 sesi 2008/2009 iaitu awal tahun ni lah...sem lepas. Ngan bermodalkan seorang RM300 kami pun beropersi lah. Dengan bantuan dari PM Nawawi dan Pusat Tekno Usahawan kami dapat Kiosk untuk memulakan bisnes kami ni. Kiosk ni kami sewa dengan sewaan yang amat2 murah sekali iaitu RM2/haribisnes. Pada pemulaan nya cukup menguji kesabaran saya kerana terdapat banyak masalah yang timbul. Huh..!!! suatu perasan yang tak dapat nak di gambarkan saat itu. Nasib baik saya ada rakan- rakan kongsi yang membantu. Kalau tak..emmm tak tahulah..
Sekarang..:) alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan kekuatan yang diberikan kepada kami, kami dapat berdiri dan tersenyum dengan rezeki yang diberikan. Walaupun ia nya kecil tapi hasilnya kami nampak dan kami berbangga..itu yang membuatkan kami bersemangat untuk meneruskannya lagi sehingga kami tamat pengajian disini.

Hmm penat dah menaip ni..mesti anda semua tertanya- tanya bisnes apa yang saya buat..hehe..hmm malu jg nak jawap tapi takpelah..kerana laman ini untuk perkongsian..so saya beritahulah..saya dan rakan kongsi menjalankan bisnes Printing..:) bukan buat banner atau baju..tapi perkhidmatan printing assigment..konsepnyer????saya akan kongsi dengan anda pada post yang akan datang..:)

salam usahawan..:)